Polisi
Ini merupakan Polisi yang perlu difahami dan menjadi memorandum persefahaman antara pihak Creativemania dan juga pelanggan. Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat ini sebelum mempersetujui ikatan perkhidmatan dengan kami.
Polisi Pengesahan Tempahan Dan Cetakan
Selepas setiap tempahan, pelanggan akan menerima draf rekabentuk melalui aplikasi whatsapp dalam jangka masa 3-5 hari waktu bekerja (tidak termasuk SABTU/AHAD) untuk dibuat semakan, pembetulan atau penambahan dan utk mendapatkan pengesahan pelanggan. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima PENGESAHAN TERAKHIR daripada pelanggan. CM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB
untuk atas sebarang kesilapan EJAAN atau lain- lain perkara selepas PENGESAHAH untuk cetakan dibuat.
​
*PEMBETULAN DRAFT AKAN DIHANTAR SEBANYAK 3 KALI SAHAJA untuk mengelakkan kerja rekabentuk pelanggan lain tertangguh. Jika melebihi 3 kali CAJ tambahan akan dikenakan sebanyak RM10 (2 kali pembetulan)
*PERUBAHAN DESIGN AKAN DICAJ RM 30
Jangka masa proses tempahan
a. Bunting / Banner / Backdrop / Tunjuk arah / Welcome Board / Mock Cheque
- Draf rekabentuk 3-5 hari waktu bekerja (SELEPAS MAKLUMAT LENGKAP)
- Proses cetakan 7 hari waktu bekerja (SELEPAS PENGESAHAN PELANGGAN)
b. Kad kahwin / Tq sticker / Tq tag / Gift box / Sampul Duit / Guestbook
- Draf rekabentuk 3-5 hari waktu bekerja (SELEPAS MAKLUMAT LENGKAP)
- Proses cetakan 14-15 hari waktu bekerja (SELEPAS PENGESAHAN PELANGGAN)
Polisi Pra-bayar & Deposit
Pembayaran boleh dilakukan secara deposit 70% atau bayaran penuh. Rekabentuk kad atau
lain-lain produk tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran dibuat. Penghantaran akan dibuat
selepas pembayaran anda disahkan. Baki bayaran boleh dibuat ketika pengambilan produk
tempahan atau sebelum penghantaran.
Polisi Pembatalan Tempahan & Pemulangan Deposit
Pembatalan tempahan dibenarkan jika produk masih belum dicetak dan caj pembatalan akan dikenakan.
Berikut adalah jadual kos yang akan dikenakan atas pembatalan tempahan :
a. Pembatalan tempahan sebelum kerja draf rekabentuk dilakukan @ Tiada caj dan pemulangan deposit penuh.
b. Pembatalan tempahan selepas kerja draf rekabentuk dilakukan tetapi belum melibatkan kerja pembetulan
@ caj 15% daripada nilai tempahan.
c. Pembatalan tempahan semasa proses kerja pembetulan @ caj 20% daripada nilai tempahan.
d. Pembatalan selepas kerja cetakan dilakukan @ Tiada pemulangan deposit.
Polisi Warna Cetakan
Julat ketidakselarasan warna dalam cetakan produk akhir ialah 5%-10% daripada warna di sampel design.
Warna melalui skrin komputer adalah berlainan dengan warna cetakan kerana format warna yang
berbeza. Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan
julat warna.
Polisi Penghantaran
Penghantaran akan dibuat menerusi kurier Citylink Express atau J&T. Caj penghantaran untuk setiap barangan adalah berbeza (mengikut saiz dan berat). CM akan
memberi nombor tracking kepada anda melalui whatsapp. Barangan telah siap dijangka akan
diterima pelanggan sekitar 2-3 hari waktu bekerja.